1.13.2015

Budak Gemuk

1. Bukan senang nak jadi budak gemuk. Dia bukan sahaja dikutuk, dibahan, malah menjadi bahan lawak jenaka orang lain. "Eh aku ingatkan peti ais bergerak tadi?".. "Ko lah badak yang satu-satunya pakai baju beb".

2. Budak gemuk seringkali digelar macam-macam. "Muatan berat di lane sebelah kiri okkk?" .. "Alamakkk gempa bumi ker ape nih? Laaa ko dtg rupenyer" (buat gaya bergegar semasa budak gemuk berjalan)

3. Bukan setakat baju, seluar, dan segala macam pakaian susah dicari, malah space pun limited utk mereka nih, contohnya seat wayang, bas, nak duduk kat kerusi meja makan, malah adakalanya ketika dalam saf solat berjemaah.

4. Kebanyakkan budak gemuk ni mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, redha dikutuk malah join gelak walaupun lawak jenaka tu cukup kasar utk mereka.

5. Dan kebanyakkannya juga lebih suke menyendiri, dan malas nak hang out ngan member-member. Bukan sebab ape pun, sebab telinga x cukup kental nak menahan kutukan. Kata-kata seperti "Besarnyaaaa ko skang nih" ibarat skrip yang mesti dihafal budak gemuk, supaya x sentap n bersedia untuk senyum.

6. Budak gemuk bukan selamanya berkeinginan untuk menjadi lebih gemuk, mereka juga punya keinginan untuk kurus. Tapi seringkali tidak diberi peluang. Bile bersenam, diperli-perli. Bile diet, disuruh habiskan makan "Alaa ko dh xde harapan dah nak kurus". Segalanya x kena. Bukannya nak diberi galakan.

7. Sampai bila agaknya budak-budak kurus sado nak mencemuh budak-budak gemuk? Memang silap mereka menjadi gemuk kalau gaya pemakanan diambil kira. Tapi silap siapa kalau budak gemuk merasakan mereka tidak berasa sehappy budak-budak slim fit?

8. Itu belum lagi disentuh bab percintaan. Budak gemuk awal-awal lagi direject, belum sempat diberi peluang untuk mengenal hati budi. Padahal budak-budak slim fit nih tade la sehensem or sehot mane pun. Kawan-kawan pun tak ramai. Tak kool kononnya ada kawan budak gemuk.

9. Tetapi budak gemuk menjadi pilihan setiap kali ada tournament tarik tali, xpun menjadi keeper futsal. Paling tidak pun, mereka nih menjadi favorite bila diajak bertumbuk. Bukan budak gemuk x mahu join main bola or bersukan, tapi diorang malas nak dengar gelak ketawa kutuk ketika beraksi. Maklumlah, aksi mereka tidak sehebat budak-budak slim fit.

10. Adakah budak gemuk deserve dikaitkan dengan segala unsur-unsur yang negatif tanpa kita sendiri menyedarinya?  Satu-satunya masa budak gemuk ini dipuji pabila mereka kurus. Ketika itulah mereka menjadi viral "before-after", menjadi inspirasi kepada mereka yang lain.